♥ FOLLOWERS ♥

Thursday, May 24, 2012

nantikan kepulanganku! ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..


walaupon semalam tido sangat lewat tapi nak taknak kena jugak bangun awal walaupon hari ni fae tak keje..rasa lemau dan liat sikit nak bangun tapi tetap terpaksa gagahkan diri jugak..hari ni fae cuti sebab petang ni nak balik kampung dekat kedah..kezen kawin:)

lepas bangun terus mandi sebab lepas ni mak nak tinggal adik bongsu dekat fae..so arini kena jadi mak mak mithali walaupon garang..hee! mak pergi sekolah adik ada sambutan hari guru then abah pulak pergi servis kereta..kata nak balik kampung kan..-,-

then bila mak dengan abah dah keluar bermulalah tugasku..adik bongsu fae sangatlah noty..rasanya dia yang buli fae teruk tapi dia ni manja sikit..kalau kita tak layan dia, dia dah datang kat kita menyendeng-nyendeng mintak penampar dibelai..manjakan..-,-

sekarang dia dah tydo pon..tu yang sempat nak update sekejap..oh yaa, petang ni fae balik kampung..rasanya dah berapa tahun ntah tak balik..tu yang kali ni excited jugak nak follow..nak jumpa kezen-kezen kat sana..;)

walaupon excited nak balik, fae dengan selambernya tak packing barang apa semua tu..rasa malas yang amat nak packing baju..ape kepemalasnya fae ketika ini..haha;P nanti dah nak gerak baru nak terhegeh-hegeh..confirm lepas ni ada yang tertinggal barang..hee

okeylah, before mak bising dari kL sampai kedah nanti, better fae siap-siap dulu apa yang patut k..;) then stay tuned for the next entry ya!

p/s : come and visit page AREEZA SHOP

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

balik kampung ♥

Assalamualaikum..

Hello peeps and readers..

hari ni merupakan hari yang best sebab bos fae outstation..maka dengan ini sempat la fae nak update belog..rasanya macam banyak nak story tapi bila dah postpone banyak hari makin lupa la ceritanya..haish!-,- berusaha sedaya upaya nak cerita walaupon kepala otak kian lupa..

dah lama tak balik kampung, bukan bermakna lupa diri tapi takda masa dan tak sempat..maka, ahad lepas fae balik jugak akhirnya..;) itu sebab sepupu fae kawin..rasa excited jugak nak tgk! :) kampung fae tak jauh mana tapi nak mengelakkan rasa mengantuk fae decide nak drive..abah dengan mak sila duduk belakang! :)

masa nak gerak balik dugaan pertama adalah tayar pancit..haa..nasib baik perasan awal-awal sebab fae ni jenis suka drive laju-laju..rempit katanya..haha..dah settle semua dalam pukul 10lebih dah gerak balik..balik kampung hoho balik kampung!


dalam pukul 11lebeh ktorang sampai tempat kenduri..tersangatlah ramai orang kerana ni kenduri anak sulong mereka..selalunya kenduri pertama dalam family tu mesty ramai orang..;) pengantin juga cantik! :) mari layan pixcha! ♥


ini adik fae - farizsha ♥

ini adik fae juga - fareza ♥

♥ fareza & farizsha ♥

♥fariz, fareza,farizsha & memey ♥

adik adik yang amik berkat dulu! hee! :) masa tu tak sempat nak bergambar dengan pengantin..ramai sangat orang! :) so fae letak adik-adik atas pelamin and snap pic mereka! nampak suka je dorang! lepas ni boleh duduk atas pelamin kakak pulak tau!:P

lepas tu dalam pukul dua ktorang gerak pergi rumah tokwan pulak dekat Tanjung Karang..then lepak makan-makan jup pkul 4lebih baru gerak balik..fae drive laju-laju sebab nak cepat sampai rumah..walaupon laju tapi tetap berhati-hati..;)

nak cepat sebab nak keluar lagi! hee! teringin nak makan Tako..cepat-cepat call incik tunang suruh dia amik..then ktorang pergi makan dekat One Utama..tapi kali ni tak pergi tengok movie pon..just keluar makan then pergi karoke! dah lama tak karok so hari tu lepaskan geram lah! hee! :)


p/s : come and visit page AREEZA SHOP <-- myonlineshop! :)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, May 22, 2012

makan itu wajib bagiku !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers...

walaupon mata ku kedipkedip mengantuk tapi ku gagahkan jari untuk menaip entry ni supaya idea yang ada yang kepala otak ni tak telan dek zaman..semoga tak pupus didalam kepala..-,-

betapa excitednya dahku ingin menaip entry ini walaupon depan mata ada bos, depan mata juga kerja bersepah..haish! tetiba fae rasa otak jam sikit hari ni..tu yang update sekejap nak bagi rasa rileks..rileks la sangat kan?hee!-,-

al-kisah..pada hari Sabtu lepas, fae dah tentu-tentu cuti..duduk dekat rumah mengemas bilik yang dah macam tongkang pecah, lipat kain apa semua sebabnya hari cuti baru sempat nak buat semua ni..dan bila badan dah penat serta letih konon macam angkat batubata turun naik dari tingkat lima ke bawah, terus fae lompat atas katil dan zZzz.

dah faham, ni adalah gaya anak dara pemalas, tapi sungguh..ini betul-betul penat sampai kan fae dah lupa bab makan kerana tido lebih penting buat masa tu..dalam pukul tiga incik tunang kejutkan..tapi tiga balik lah..buruk perangai! hee!

dalam pukul lima incik tuang call..dia cakap dia dah boleh balik..then tetiba perut kemain rasa lapar terus ajak incik tunang pergi makan..masa dia call tu dia macam acah-acah malas nak pergi..tengah best bergayut tahap cipan fon dia mati pulak..-,-

tunggu punya tunggu incik tunang tak jugak call-call..dalam hati sanubari berfikir maybe dia dah sampai rumah kot..sedapkan hati sendiri..tetiba macam rasa incik tunang ada dekat bawah..terus usha dekat bawah then tengok-tengok incik tunang ada..haish! ingatkan tak jadi nak keluar, dah la tak siap apa-apa..kena tunggu la jawabnya..-,-

cepat-cepat la siap, nasib baik incik tunang tak bising..hee! lepas tu terus cakap dengan dia yang fae nak makan meatball dekat ikea! dia pon on je..yuhuu! dapat makan banyak-banyak..nak balas dendam katanyaaa...;)


haa..ce tengok betapa kuatnya kami berdua makan..yang lepas licin..kau hado?:P

p/s : to all bawal lovers come and visit page AREEZA SHOP

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)